Tuesday, October 28, 2014

Salam Maal Hijah 1436H Bersamaan 2014/2015 Masihi

"Bissmillahirrahmanirrahim"

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah Azzawajjalla sahaja !

Telah kita lalui beberapa hari tahun bahru "hijrah" atau tahun bagi umat islam khasnya..dengan rasa selesa..dengan rasa bersyukur kepada Allah, kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih bernafas..masih dapat memasang angan-angan ..walaupun angan-angan tersebut masih jauh nun disana..... :)

Semuga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan kita seharian sehingga keakhir hayat kita hendaknya ..Amiin Ya Rabbalalamin !

Dalam dunia yang semakin moden ini tentunya manusia semakin rakus mengejar harta untuk ditinggalkan sebagai pusaka kepada anak-anak masing-masing..tetapi jangan pula kita lupa bahawa maut sentiasa mengintai kita..Apakah telah bersedia atau apakah kita rakus dalam mengejar harta untuk bekalan akhirat kita? Tepuk dada tanya iman sendiri..