Friday, October 31, 2014

Assalamualaikum

Salam Perkenalan dan Ukhuwah Islamiah buat semua…
Ana ingin berkongsi ilmu, juga mengharap tunjuk ajar dari semua pihak demi memperbaiki profile yang tak seberapa ini. Berilah teguran anda baik dari segi teknikal, pengisian mahupun kesalahan lain demi meneruskan dan menyampaikan sunah Rasulullah SAW serta menyempurnakan Kalimah Allah Yang Maha Suci.

Diri ini hanyalah hamba Allah dan manusia biasa!  Sebagai manusia biasa, Ana akui amat lemah dan terdedah kepada kemungkinan membuat kesilapan dan kesalahan. Terasa amat dhaif jika dibandingkan dengan hasil penulisan insan-insan yang lebih berilmu dan mengkhususi dalam bidang agama.

Walaupun begitu Ana yang dangkal ini berpegang dengan “Sampaikanlah Walaupun Hanya Satu Ayat”. Kekadang sesuatu ilmu tidak dapat diajar tetapi boleh dipelajari, bak kata ilmuan orang yang tawaduk bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan cerdik, tetapi juga daripada orang yang jahil dan jahat.
 Terima Kasih sekali lagi atas kunjungan anda semua dalam profile Ana yang tidak seberapa ini, sama-samalah kita berdoa semoga kita mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Semoga hati kita akan terus mendekatkan diri kepada Yang Khaliq.

Syukran Jaziilan..
السلام عليكم ورحمة الل