Wednesday, November 27, 2013

Surah Al Mulk

Assalamualaikum,
Saudara seagama, semoga anda di limpahi taufik dan hidayah serta mendapat keberkatan dan didalam rahmat Allah SWT jua! Amiin.
Di kesempatan petang yang mulia ini saya cuba2 nak berkongsi sedikit ilmu yang saya baca dari sebuah buku karangan Muhammad Al-Sayimyang bertajuk:

30 ayat Al Quran Penangkal Seksa Kubur. 


Saudaraku sesama muslim, tidak dapat kita sangkal bahawa setiap kita yg beragama Islam baik lelaki atau perempuan berjuang berhempas pulas untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dgn melakukan amal2 soleh, bersedekah dan memperbanyakkan perbuatan baik disamping itu juga memperbanyakkan doa mohon keampunan dan berharap memperoleh kenikmatan syurga dan terhindar dari neraka, memohon kenikmatan kubur sebagai sebahagian drpd kenikmatan syurga.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga2 Firdaus, sebagai tempat tetamu (yg mewah)(107) mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah darinya (108)."
Surah Al Khafi: ayat 107-108

Dan banyak lagi ayat2 Al-Quran yg menunjukkan bahawa bahang api neraka akan ditunjukkan di alam barzakh bagi mereka2 yang ingkar akan perintahNya.
Membaca surah2 dlm Al-Quran memiliki tingkatan dan keistimewaannya tersendiri, bagi seorang muslim dituntut utk membaca surah Tabaarakdgn memahami dan mengerti isi kandungannya agar mendapat pahala dan selamat drp azab kubur.
Nama surah yg menyelamatkan manusia drpd azab kubur ini adalah Al Mulk kerana di dalamnya terdapat keterangan mengenai keagungan Allah SWT yg telah mencipta alam ini dgn sebaik-baiknya. Al Mulk bererti "kerajaan" dan seluruh kerajaan adalah milik Allah SWT, kerana Allah SWT lah yang memiliki sekalian alam dan berkuasa terhadap segala sesuatu.
Mengapa Manusia Di Seksa Di Dalam Kubur:


Saudara2 seagamaku, kita asyik leka dengan hal2 dunia, hal2 berniaga di internet, dan apa2 lah lagi yang menguntungkan kita di dunia. Tetapi adakah kita terfikir, apakah kita akan beruntung bila kita dah mati nanti? (dah masuk dalam kubur la :) )

Kita kena ambil berat tentang 3 perkara yang membawa seksaan bila kita di dalam kubur nanti, apa dia?
PERTAMA: Tidak bersuci daripada hadas kecil
Nampak macam kecil saja ya, tetapi tahukah saudara, itulah perkara yang di ambil mudah oleh kebanyakan daripada kita.
Tak percaya?
Cuba lihat, berapa ramai pemandu2 lori yang terdiri daripada saudara seagama yang membuang airkecil di tepi2 jalan? :-)
Adakah mereka tu bersuci maksud saya membersihkan diri selepas melepaskan hajat tadi?Jangan ambil mudah dan pandang ringan bab bersuci ini ye..(baca kitab/atau buku2 fardu ain) pasti dapat membantu.
Insyallah.
Macam2 cara kalau kita nak bersuci/beristinja' ni, dengan air semua dah maklum, kalau tak jumpa air , boleh guna batu atau rumput.
Jika jumpa air hendaklah bersihkan lagi (lebih baik).
Orang2 yang tak beristinja' ni orang yang tak pernah berwuduk, dan itu bererti dia tak pernah bersolat, haa..cuba perhatikan.
Dari perkara kecil tadi, akan menyebabkan satu dosa besar.
Sabda Rasulullah s.a.w bersabda :
"Kebanyakan daripada azab kubur adalah daripada perkara tidak bersuci dari hadas kecil."

KEDUA: Memohon Pertolongan Dari Orang Mati
Biasanya pemuja2 nombor ekor, atau minta hajat di kubur orang2 yang dianggap keramat. Orang mati yang kuburnya dipuja tu terseksa, akibat perbuatan orang2 jahil yang memuja kuburnya...
KETIGA: Hutang
Hutang juga termasuk ke dlm dosa2 yg akan diterima seksanya di dlm kubur. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. apabila datang kepadanya jenazah, baginda bertanya kepada ahli keluarganya, apakah si mati mempunyai hutang?
Jikalau dikatakan masih mempunyai hutang maka Rasulullah s.a.w menolak untuk menyembahyangkannya.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata dia:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Roh seseorang yang mempunyai hutang akan sentiasa bergantung di langit selama hutangnya tidak dibayar."

Maka dari itu dapat kita ketahui bahawa wajib atas waris atau wali kepada si mati untuk segera membayar hutang tersebut supaya tidak menjadi azab baginya di kubur...
Berbalik kepada surah Al Mulk/Tabaarak ni:

Seperti yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w :
"Diturunkan kepadaku surah Tabaarak yang jumlahnya 30 ayat secara sekaligus, ia adalah surah yang MENCEGAH DARIPADA AZAB KUBUR."
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Aku berharap surah ini ada di dalam hati setiap mukmin daripada umatku."
Sebenarnya banyak kisah-kisah yang telah diceritakan di zaman Rasulullah tentang surah Al Mulk ini. Surah ini jika kita baca dan fahami maknanya setiap malam atau setiap selesai solat fardu. Kebaikannya hanya orang yang membaca saja yang dapat rasai. Insyallah. Itu di dunia, kalau dijadikan amalan dalam hidup kita, bukan saja di dunia, di dalam kubur juga akan jadi sebagai cahaya yang sangat terang, dan memudahkan sakaratul-maut.
Banyak lagi kelebihan surah Al Mulk jika digandingkan dengan surah-surah lain seperti :
As Sajadah, Yassin, Al Waqiah,Al Kaffi dan Ar Rahman.
Surah-surah ini jika selalu dibaca pada setiap malam Jumaat, Insyallah malaikat rahmat akan turun mendengar bacaan kita dan menjaga kebajikan kita sehingga bertemu Jumaat yang akan datang Insyallah, cuba lah.
Tidur pasti lena, tak takut ada penceroboh yang akan menganggu atau penyangak yang ambil kesempatan atau sebarang malapetaka yang tak diduga. Semuanya dengan izinNya juga, Insyallah.
Banyak lagi kehebatan tentang surah Al Mulk ini. Jika nak ditulis di sini tentu membosankan kan. So kalau nak lebih details lagi boleh la baca buku tulisan Muhammad Al Sayim yang bertajuk 30 Ayat Al-Quran Penangkal Seksa Kubur.

Sekian, dari cebisan kisah yang saya baca untuk renungan bersama. Kepada saudara seagamaku terima kasih kerana meluangkan masa ya. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah SWT jua dan yang buruk semuanya dari saya.

Wassalam, salam dari saya.