Sunday, June 20, 2010

KESAN KEGELISAHAN DALAM KEHIDUPAN &TEKNIK PERAWATAN



Bertemu lagi dan salam sejahtera...

Seperti yang telah disebutkan pada artikal yang lepas bahawa penyakit kegelisahan ini tidak pernah memilih sama ada orang itu miskin ataupun orang kaya, kanak-kanak atau orang dewasa, orang bodoh ataupun cendikiawan. Ia tidak ditentukan melalui siapa dan status seseorang itu. Ia boleh datang dan menimpa kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa tanpa memilih tempat, peringkat usia dan darjat.

Seorang Pakar Psikologi, Dr. Mohamad Fadzil mengatakan, penyakit kemurungan ini juga boleh diturunkan oleh ibu bapa serta datuk nenek kita. Bererti ianya merupakan satu penyakit keturunan, tetapi jangan anda terkejut. Cuba kita renungkan sebentar, sesiapa dalam keluarga kita yang dahulu atau sekarang yang kelihatan bermurung. Bukan hanya seorang sahaja pesakit jenis ini, tetapi ada ramai disekeliling kita yang kita tidak ketahui siapa dia, dalam senyap-senyap mereka ini sakit juga sebenarnya.


Penyakit kemurungan ini dikenal pasti berpunca daripada beberapa keadaan iaitu:



1. KETURUNAN