Saturday, February 14, 2015

Zikir-kunci perbendaharaan langit dan bumi






Zikir-kunci perbendaharaan langit dan bumi
Tiada yang disembah melainkan Allah

Allah Maha Besar Maha Suci Engkau

Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang Awal Dia yang Akhir
Dia yang Zahir Dia yang Bathin
Yang Menghidupkan Yang Mematikan
Dia yang Hidup tanpa mati
Pada-Nya Segala Kebaikan
Dan Ia Berkuasa atas segala sesuatu.

http://cintarindurasul.blogspot.com

Sunday, February 8, 2015

Assalamualaikum Muslimin Muslimat, semuga sentasa berada dalam rahmat dan redha Allah Robbul Jalil..

Kita ini hambaNya yang dijadikan tidak sampurna dan lemah dalam segala hal. kerana kita ini "makhluk" ciptaanNya..Dia {Allah} yang mencipta kita antara begitu banyak ciptaan-ciptaan yang lain yang tidak dapat dihitung dngan jari melainkan ia dalam makluman Allah jua.

Jadi apa kaitan perkara yang akan saya cuba hendak berkongsi dengan saudara-saudara semua antara makhluk ciptaan Allah, kuantiti makhluk ciptaan Allah juga tentang kehilangan MH370 ?

Hari demi hari berlalu..ia berganti minggu kemudian berganti bulan..berbagai usaha telah dijalankan ..wang berjuta langsung tidak bermakna...kerajaan begitu ingin menjaga hati setiap orang terutama pewaris2 yang mengada2..[masa nilah mereka nak mengambl kesempatan ]kini setahun berlalu...wang negara terus mengalir ke suatu matlamat yang tiada penghujungnya..

Jika orang2 Islam di Malaysia ini peka bukan pekak dan faham tentang takdir dan rahsia disebalik misteri kehilangan MH370..yang saya anggap ia telah di GAHIBkan olih Allah..atas sebab2 tertentu..adakah saudara2 semua bersetuju?

Jika saya katakan hanya orang2 yang terpilih yang dapat mengetahui tentang kegahiban MH370 ini..adakah saudara semua setuju?


Friday, October 31, 2014

Zikrulloh !


The Beauty Of Friendship

~ The Beauty Of Friendship ~

Thank You, Allah, for the gift of good friends ~ "true friends".
Thank You for their gift of thoughtfulness.
Thank You, most of all, for their sincerity and for always being there
~ both in good times and bad times.
Thank You, Allah!
I am so so blessed!

Sharing this beautiful Friendship Poem to all my beloved friends...♥



With love and gratitude,
March ♥

ANGKARA WAKTU




ku dekap rindu ini dalam gelap  malam
tika lewat bayangmu menerjah di pinggir hati
lalu ku tanya diri....
adakah kasih akan bersemi?
hingga lenaku diulit mimpi..
Daku dan Aku beriring ..menelusuri sepi mencari hakiki..
jendela insani telah ku rapati demi kukuh teguh
melingkari ujud diri ..
biar erat biar bertaut antara Daku, Dia dan Aku
lembut melangkah enggan terpisah !
halus terdengar suara membisik....
"lihatlah jajar awan
dalam gumpal ruh tersuluh
membuka sepuluh lorong-lorong rindu
mencari sisa cahaya pada kilas airmata
maka ngadahkan wajahmu
tatap-lah kasih yang berjuntai di pipi langit
dengan gema Ya Hu pada pundak cinta
nanti-nanti pasti ada auroranya bagai pelita
kerdip dan kelip mengungkap rahsia
maka dakuMu kucuplah Aku
Dia akan mendakapmu hingga sirna
sehingga segala di ujung sana
di puncak Nirvana ..! "

- riSSa DiO a.k.a March an NUUR ~


Sekadar Berkongsi Ilmu

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Walaupun apa yang ditulis di blog ini kebanyakannya tulisan yang telah biasa anda lihat atau baca..tapi apa salahnya kalau kita ulang membacanya..sekurang-kurangnya akan mengingatkan diri kita juga kan..


Assalamualaikum

Salam Perkenalan dan Ukhuwah Islamiah buat semua…
Ana ingin berkongsi ilmu, juga mengharap tunjuk ajar dari semua pihak demi memperbaiki profile yang tak seberapa ini. Berilah teguran anda baik dari segi teknikal, pengisian mahupun kesalahan lain demi meneruskan dan menyampaikan sunah Rasulullah SAW serta menyempurnakan Kalimah Allah Yang Maha Suci.

Diri ini hanyalah hamba Allah dan manusia biasa!  Sebagai manusia biasa, Ana akui amat lemah dan terdedah kepada kemungkinan membuat kesilapan dan kesalahan. Terasa amat dhaif jika dibandingkan dengan hasil penulisan insan-insan yang lebih berilmu dan mengkhususi dalam bidang agama.

Walaupun begitu Ana yang dangkal ini berpegang dengan “Sampaikanlah Walaupun Hanya Satu Ayat”. Kekadang sesuatu ilmu tidak dapat diajar tetapi boleh dipelajari, bak kata ilmuan orang yang tawaduk bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan cerdik, tetapi juga daripada orang yang jahil dan jahat.
 Terima Kasih sekali lagi atas kunjungan anda semua dalam profile Ana yang tidak seberapa ini, sama-samalah kita berdoa semoga kita mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Semoga hati kita akan terus mendekatkan diri kepada Yang Khaliq.

Syukran Jaziilan..
السلام عليكم ورحمة الل