Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi.Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada 2 kes yang diminta kita menangani salah satu darinya.Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.
Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap duit seringgit. Kes kedua di kampunh hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit. Kes mana yang kita kejarkan dulu?
Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak?I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke?Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah,dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?Sedangkan dalam kes kedua, duit tu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidup tak pernah keluarkan zakat?
Tiba-tiba baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip &
appearance.
Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat.Walaupun hanya melibatkan duit seringgit.Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran,maka selalu minda kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" menceritakan pula begini:
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman.Sedang kita enak menikmati sandwich & Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba databg seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita.Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik & mendiamkan diri.Sementara anak-anaknya berlarian menjerit-jerit sekuat hati.Orang yang lalu-lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut.Perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain..
Kita lama-lama semakin bengang.Teruk sungguh budak ni!Apahal mamat ni diam je?Tak nak tegur ke anak-anak dia tu??
Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu.Boleh tak Encik suruh anak-anak Encik tu duduk diam-diam, saya tengah nak makan sandwich ni?!Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit.Maafkan saya, kata lelaki itu.Dan maafkan anak-anak saya. Sebenarnya isteri sa
ya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital. Dan saya tak tahu macam mana nak terangkan pada mereka hal ini.Kemudian di sambung lagi: Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak mengganggu awak makan.
Apa rasa kita masa tu?Sebab itulah bila teringat ayat Quran mengatakan;beza antara manusia hanyalah iman & taqwa, saya sering berasa menyesal.Sebab saya juga selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!Bagaimana dengan anda?Wallahualam.
*dipetik dari Buletin Al-Fikrah*